![]() |
| UMA THURMAN bersama HARVEY WEINSTEIN .. PIX: USWeekly. |
Nak menjadi popular bagi seseorang individu yang baharu
mengenal dunia hiburan bukannya satu perjalanan yang licin.
Tidak dinafikan ada berlaku gangguan seksual oleh sebilangan
penerbit yang mahu mengambil kesempatan malah isu ini pernah satu ketika dahulu
melanda industri perfileman tempatan cuma kisah itu tidak dipaparkan secara
terbuka.
Di Hollywood masalah ini tidak terkecuali. ramai juga di
antara pelakon –pelakon terkenal menghadapinya sewaktu mula melangkah ke pentas
perfileman.
Mungkin anda akan terkejut antara nama-nama artis terkenal
yang pernah melalui gangguan seksual seperti Angelina Jolie, Gyneth Paltrow mahu pun pelakon Uma Thurman.
![]() |
| GYNETH PALTROW PIX: i.telegraph.co.uk |
Terbaharu dalam berita yang diterbitkan oleh New York Times
semalam, Uma Thurman dengan beraninya tampil mendedahkan pengalaman
gangguan seksual terhadapnya oleh penerbit Harvey Weinstein ketika berusia 22
tahun.
Sebenarnya ini bukan cerita baharu, khabarnya Harvey
Weinstein telah melakukan gangguan seksual kepada lebih 80 wanita termasuklah
nama-nama artis yang disebutkan tadi.
![]() |
| ANGELINA JOLIE PIX: Blogys.net |
Kes skandal Harvey Weinstein yang dibongkar oleh New York Times cetus sejak Oktober tahun lalu melibatkan ramai bintang ternama yang terlibat tampil menuding jari ke arahnya.
Angeline Jolie cuma dapat berkata, dia mengalami pengalaman
pahit bersama Weinstein semasa remaja.
Terfikir pula apa tujuan kes skandal seks yang dah dibualkan
tiga dekad lalu diperkatakan kembali?
Semoga industri tempatan kita dijauhkan daripada perkara
seumpama.



Comments
Post a Comment