Rakyat Malaysia berusia 20 tahun ditahan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi di Pakistan apabila dipercayai cuba menyeludup keluar senjata api dari negara itu.
Ketua Polis Negara Tan
Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai penahanan
lelaki yang berasal dari Kuching, Sarawak.
"Berdasarkan maklumat awal, kami sahkan yang lelaki warga Malaysia telah
ditahan di Pakistan.
"Pihak polis akan
berhubung dengan pihak berkuasa di Pakistan untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenai perkara ini," katanya.
Media antarabangsa hari ini melaporkan pihak berkuasa
negara itu menemui senjata api dan peluru selepas menjalankan pemeriksaan
terhadap lelaki tersebut yang dikatakan mahu menaiki penerbangan ke
Bangkok, Thailand.
Gambar
lelaki berkenaan yang ditahan di lapangan terbang itu serta pasport miliknya
kini tersebar di laman sosial hari ini.
Sumber: Bernama

Comments
Post a Comment