Retirement Index baharu daripada International Living.com melaporkan,
Berdasarkan
indeks terbaharu yang turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara
hidup, penjagaan kesihatan dan iklim oleh laman sesawang yang disebutkan,
Malaysia menduduki tempat kelima secara global, manakala Costa Rica adalah
destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.
Laman
sesawang itu mendedahkan Malaysia adalah lokasi ideal kerana iklim tropika dan
menawarkan pilihan terbaik untuk pesara sama ada di tengah-tengah bandar atau
di pekan kecil, yang kebanyakannya dikelilingi alam semula jadi atau pantai.
Ia
juga mengambil kira bahawa pesara mampu tinggal selesa di sini dengan hanya
US$2,500 (US$1 > RM3.97) sebulan dan jumlah itu sangat kecil berbanding kos
hidup di negara Barat.
Selain
itu, ia juga menyatakan bahawa pelancongan kesihatan adalah antara faktor
pilihan kerana negara ini menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti pada harga
berpatutan sementara pilihan restoran dan barangan runcit antarabangsa boleh
dimiliki dengan mudah jika pesara tiba-tiba rasa rindu pada kampung halaman.
Selain
itu, laman sesawang tersebut memuji program Malaysia Rumah Keduaku kerana
pilihan visa persaraan dianggap sebagai antara pilihan terbaik di dunia dan ia
memudahkan proses untuk pesara berpindah ke sini apabila ketika tahun persaraan
mereka.
Indeks
tahunan itu menyenaraikan 24 tempat perlindungan utama persaraan di seluruh
dunia berdasarkan pada kriteria utama, iaitu persaraan yang gembira dan
berjaya.
Selain
Costa Rica dan Malaysia, destinasi lain yang turut disebutkan dalam senarai
ialah Mexico di tempat kedua, diikuti Panama (ketiga), Ecuador (keempat),
Colombia (keenam), Portugal (ketujuh), Nicaragua (kelapan), Sepanyol
(kesembilan) dan Peru (ke-10).
Sumber: BH Online

Comments
Post a Comment