REBUT ‘TELOR AYAM EMAS’ DARI KFC MALAYSIA


Tak lama lagi rakyat Malaysia khususnya kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baharu CIna dan seperti biasa apabila munculnya sesuatu musim perayaan pasti ada pembaharuan. Ia seolah sudah menjadi satu ‘lifestyle’ masyarakat berbilang kaum di bumi tanah Melayu ini.

Restoren pemakanan segera, KFC Malaysia tidak terkecuali dalam memperkenalkan hidangan terbaharunya bagi menyambut perayaan Tahun Baharu CIna.

Kali ini hidangan dinamakan ‘KFC Golden Egg Crunch’ yang menampilkan perisa telur asin bersama daun kari dan selasih manis waima membawakan keenakan yang tidak tertahan sebagai ‘tagline’nya.

Dengan citarasa keemasan khusus untuk mengukir keceriaan kepada para penggemarnya selain menambah kemeriahan dalam pertemuan seisi keluarga dan sahabat handai semasa ‘makan besar’ di musim perayaan ini, ‘KFC Golden Egg Crunch’ menghidangkan ayam Hot & Spicy KFC yang diolah bersama ramuan istimewa, menghasilkan rasa unik masin, pedas dan manis, lengkap dengan aroma lazat yang pasti membangkitkan selera.

“Telur asin amat popular di kalangan rakyat Malaysia jadi kami berikan sentuhan ini di dalam hidangan KFC bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tersendiri untuk dinikmati para pelanggan. Ia adalah sebuah ciptaan yang sangat istimewa, bersesuaian dengan perayaan yang bakal menjelang tiba,” ujar Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Restoran, QSR Brands (M) Holdings Bhd pada majlis pelancaran hidangan tersebut di KFC Pavilion Elite baru-baru ini.


KFC Golden Egg Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam dengan harga bermula daripada RM14.50 di mana  setiap kombo didatangkan dengan hidangan sampingan KFC kegemaran ramai iaitu coleslaw, kentang putar serta secawan minuman Mug Sarsaparilla.

Untuk hidangan yang lebih besar sepanjang musim perayaan ini, KFC turut menawarkan ‘Celebration Bucket’ yang menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy bersama hidangan sampingan istimewa, KFC Cheezy Golden Sticks dengan keju krim, cebisan udang dan cendawan.

‘KFC Celebration Bucket’ ini sesuai untuk dihidangkan di dalam jamuan keluarga dan rakan – rakan, didatangkan di dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks, kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.

“Perayaan mengeratkan hubungan seisi keluarga dan hidangan enak menjadi penyeri kepada kemeriahannya lantas  ‘KFC Golden Egg Crunch’ serta ‘Celebration Bucket’ telah dicipta khas bagi tujuan ini. Kami berharap anda semua menikmati saat- saat indah di musim perayaan ini serta menggemari kesemua hidangan istimewa yang telah kami sediakan!” tambah Merrill Pereyra.

KFC Golden Egg Crunch dan KFC Celebration Bucket boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my





Comments

  1. The Casino Site Review - Lucky Club Live
    Read our Casino Site review to luckyclub.live learn about the site's usability, usability and features, games, complaints, bonuses and more! Rating: 4.3 · ‎Review by LuckyClub

    ReplyDelete

Post a Comment