NORMAN HAKIM MERATAP PEMERGIAN ANAK


Sedih pula tengok pelakon Norman Hakim meratap atas kepergian anak sulongnya, Mohamed Danish  dengan bekas isteri, Abby Abadi yang berangkat ke Turki bagi melanjutkan pengajian hafazan di sana.

Kata Norman seperti yang disiarkan dalam IG nya:

"Selama bertahun saya yg selalu pujuk dia.Dari saat dia masuk asrama utk mulakan pengajian hafazan,saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih,bahu saya tempat dia bersandar utk luahkan rasa & air mata
.
Tapi hari ni dlm sejarah,semuanya jadi terbalik.Saya yg longlai kat bahu dia.Ber'tan' air mata jatuh sampai basah baju dia.Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni
."
.
Baru saya sedar dia lagi 'kuat' dari saya.Anak ini dah bersedia utk 'menakluk akhirat' di dunia yg sementara.Fizikal mungkin sama,tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada.Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa.
.
Ampun maaf abg,rupanya papa tak 'sekuat' yg disangka.Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni."

Begitu antara cebisan coretan Norman terhadap anak kesayangannya itu yang diiringi dengan video ketika Danish masih bayi. 

Sejuk perut ibu mengandung kan ... sudah tentu Abby Abadi juga turut rasa bangga mempunyai seorang anak soleh.

FOTO : iG Abby Abadi


Abby turut memuat naik video yang sama tetapi pendek sahaja coretannya: 

  • abby_abadi112Papa Danish ❤️
    Ingat Abang selalu dalam doa Papa ye.. .
    ikhlas, Mama đŸ˜‡
.
Danish khabarnya  adalah antara 10 pelajar terpilih melanjutkan pengajian hafazan di sebuah institusi pengajian Islam di Isparta, Turki. 


Comments