![]() |
| SITI NURHALIZA PIX: Hmetro.com.my |
Untung ada peminat yang prihatin dan mengambil berat perihal penyanyi kesayangan mereka terutamanya fans kepada penyanyi terkenal, Dato Seri Siti Nurhaliza.
Melalui Instagram peminat kelab sitizoners.lets.get.together m satu amaran dipaparkan berhubung akaun palsu Siti Nurhaliza.
Biasalah bila dah popular macam Siti ramai pula yang mahu menumpang nama dan buka akaun palsu atas nama beliau.
Jadi sitizoners mengambil langkah melindungi penyanyi kesayangan mereka itu dengan memberi amaran dan mencatatkan nama akaun sebenar Dato Siti iaiatu jika laman facebook - Siti Nurhaliza; Instagram: ctdk manakala Twitter nama betul adalah CTNurhaliza11.
Jadi jika ada akaun yang nama lain daripada yang tersebut di atas maka itu bukan milik Dato Siti tau.
Malah Siti juga melalui Instagramnya berkongsi amaran yang dipaparkan oleh sitizoners dengan hanya komen 'HARAP MAKLUM' #repost daripada IG kakap iparnya, Rozisangdewi.
Jadi ko orang di sana janganlah membuat fitnah dan memanjangkan fitnah mengguna akaun palsu atas nama Dato Siti Nurhaliza..
"Tolonglah report jika anda tahu akaun-akaun palsu itu. Jangan sampai kami ke SKMM juga untuk banteras semua ini," komen Rozi yang juga bertindak sebagai PA Dato Siti.

Comments
Post a Comment