Jika pada tahun 2015, penyanyi berasal Johor ini ber ..
‘Hati-Hati’ dan kemudiannya ‘Jaga-Jaga’ selepas setahun, kini Amira Othman
sudah mula ‘Mimpi Indah’ setelah menyepi sepanjang 2017.
Kembalinya pemilik nama penuh Nadia Amira Othman,24, ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah”
diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti
kemunculannya semula dalam arena seni suara.
“Tahun ini saya akan tumpukan kembali kepada nyanyian dan
akan ketepikan sementara bidang lakonan,” ujar bekas pelajar Akademi Fantasia
2013 ini pada majlis pelancaran single terbaharu Mimpi Indah’ di Flora Terrance, Kuala Lumpur
baru-baru ini.
Barangkali semua sudah pun maklum yang sepanjang tempoh dua
tahun lalu, Amira sebuk di bidang
lakonan bagi drama dan telemovie ‘Abang Bomba, I Love You’ serta “Red Ve;vet’
waima turut bertindak sebagai pengacara program tv9 ‘Nasi Lemak Kopi O’.
Tetapi untuk tahun ini Amira mahu menumpukan kembali kepada
nyanyian yang mula mengangkat namanya sebaik memperoleh tempat ke 3 dalam AF
2013.
“Mimpi Indah’ ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim menjadi pilihan Amira daripada 100 buah lagu
yang diperdengarkan kepadanya oleh syarikat rakaman, 17 Eleven Music.
Mengakui genre lagu ‘Mimpi Indah’ sama seperti lagu-lagu
popularnya sebelum ini kata Amira, “ini sebab saya nak kekalkan konsep
‘Hati-Hati’ dan “Jaga-Jaga’ cuma
temponya diperlahankan sikit ala-ala lagu lullaby.”
Bila mendengar lagu ini memang melodinya ada persamaan namun
jelas Amira bezanya ‘Mimpi Indah’ mempunyai
kekuatan dari segi lirik dan sesuai didengar oleh individu yang sedang
di alam percintaan.
Malah dalam muzik video lagu tersebut, Amira memulakan
dengan alunan puisi dari peminat yang banyak diterimanya selama ini namun memilih
puisi dari Farddmottidin kerana
dirasakan bersesuaian dengan irama lagu.
Dengan nilai romantis yang disuntik apakah ini bermakna hati
Amira sudah berbunga dan dilamun cinta?
“Oh tidak lah… itu cuma bayangan dalam lagu,” jawabnya
tangkas.
Sempat bertanya ciri lelaki idamannya, Amira memberi tiga
nilai keutamaan.
“Dia harus hormat kepada kedua ibu bapa saya, matang dan
tenang,” tambahnya senyum sambil menggeleng kepala tanda belum ada calon
sesuai.
Betul ke tu? Atau ada apa-apa tak dengan pelakon Idris Khan yang ditampilkan dalam muzik video
‘Mimpi Indah” ini?
Apatah lagi Amira akui memilih Idris sebab aktor itu
mempunyai karakter yang sesuai dengan dirinya. Jadi bolehlah ‘Mimpi Indah” itu
menjadi realiti ya tak?
Sementara itu, ditanya apa kah Amira tidak berminat untuk
membawa lagu genre balada.
“Saya memang nak cuba lagu ‘tangkap lentuk’ ini tetapi belum
jumpa,” ujarnya dalam ketawa.
Tetamu yang hadir turut diperdengarkan nyanyian Amira
membawakan lagu “Mimpi Indah” secara live dan dalam pakaian gaun rona putih
dengan kasut tumit tinggi Amira dilihat kurang selesa malah hampir terumbang ambing.
Dalam keadaan itu sempat dia mencelah, “Saya tak berani
pakai kasut tinggi-tinggi ni.”……terserlah sifat jujurnya tanpa segan silu.


Comments
Post a Comment