Menunggang motor tanpa lesen, bukanlah satu perkara yang cool yer adik-adik. Kalau awak rasa ‘hip’ bila dapat buat aksi-aksi kononnya up to date kat jalan raya, fikir dua kali ok! Kalau dah terbaring atas jalan, jangan nak salahkan orang lain.
Menurut laporan dikeluarkan Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan, 40 peratus pelajar sekolah
menengah di Negeri Sembilan didapati tidak memiliki lesen motosikal B2.
Beliau berkata, tahap kesedaran yang rendah mengenai
kepentingan memiliki lesen memandu dikenal pasti antara punca utama mereka
tidak mempunyai lesen berkenaan.
"Kami dapati kesedaran masih kurang mengenai bahaya memandu tanpa lesen.
Lesen memandu ini bukan hanya satu dokumen sah untuk memandu atau menunggang
motosikal, malah ia membantu pemilik untuk memandu secara berhemah,"
katanya.
Sehubungan itu, katanya program myLesen Kadet
Pengangkutan Jalan akan diperluaskan di sekolah menengah di negeri ini bagi
meramaikan lagi pelajar sekolah memiliki lesen motosikal.
Katanya setakat ini,
sebanyak 13 sekolah menengah membabitkan 700 pelajar di negeri ini telah
menyertai program tersebut.
Sumber: Kosmo

Casino, Games, FAQs & FAQs - DrmCAD
ReplyDeleteFAQs and FAQs · 서산 출장마사지 Login · 충주 출장마사지 Signup in. Password. Deposit money into the casino account. · Click 상주 출장안마 'Join 서귀포 출장마사지 Now' and choose 충청남도 출장마사지 the