Bukan Cinta Malaikat (BCM), sebuah filem yang ditunggu-tunggu
oleh semua. Betul tak? Apa taknya, filem yang membariskan pelakon ‘papan atas’ ini turut
mendapat sentuhan pengarah terkenal, Aziz M Osman.
Memetik laporan BH Online, pengarah ini bakal disaman
oleh syarikat filem berkenaan, Fimtab Unik Sdn Bhd (Fimtab). Alamak, kenapa ni?
Pengarah Urusan Fimtab, Richard Ung mendakwa pengarah terbabit telah menukar nama syarikat penerbitan dari Fimtab kepada syarikat milik pengarah itu, Ace Motion Pictures Sdn Bhd (ACE) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripadanya.
Pengarah Urusan Fimtab, Richard Ung mendakwa pengarah terbabit telah menukar nama syarikat penerbitan dari Fimtab kepada syarikat milik pengarah itu, Ace Motion Pictures Sdn Bhd (ACE) tanpa pengetahuan dan persetujuan daripadanya.
"Kami bersetuju melantik Aziz sebagai pengarah
filem berkenaan. Dalam masa sama, Fimtab turut mengadakan perjanjian
perkongsian bersama Aziz sebanyak 25 peratus bagi menampung kos penerbitan daripada
50 peratus itu dan selebihnya dibiayai Genesa.
"BCM
mula ditayangkan di Indonesia pada Julai tahun lalu dengan hanya meminjam nama
ACE sebagai penerbit bersama, meskipun dalam surat perjanjian masih kekal
dengan nama Fimtab dan Genesa," katanya.
Beliau
berkata, sebelum filem BCM ditayangkan di negara ini yang dijadualkan bermula
Khamis ini, Aziz meminta salinan asal filem itu daripadanya untuk disunting
bagi edisi Malaysia.
"Tanpa
ragu saya menyerahkan kepadanya, namun agak mengejutkan saya apabila pada hari
tayangan perdana bersama media di pawagam e-Curve Damansara 16 Januari lalu,
nama syarikat saya Fimtab dikeluarkan daripada 'credit title' sebaik filem itu
berakhir dan meletakkan nama Ace Motion Pictures Sdn Bhd sebagai penerbit.
"Selain
itu, nama saya sebagai penerbit juga ditukar kepada penolong penerbit,"
katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Ampang, hari ini.
Sementara
itu, Aziz yang dihubungi mengakui sudah menerima surat tuntutan saman itu daripada
syarikat guaman Aziz Hon Annuar Advocates & Solicitors, hari ini.
Aziz
berkata, tindakan dibuat Fimtab itu sebenarnya akan memburukkan keadaan, malah
mengakui keadaan itu lebih memberi risiko kepada diri dan syarikatnya sendiri.
"Sebenarnya
tiada perjanjian bertulis antara ACE dan Fimtab yang dibuat sebelum
penggambaran filem BCM dibuat, namun kami bersetuju berdasarkan perjanjian
lisan berhubung perkongsian 25 peratus itu berdasarkan ACE akan menguruskan
bayaran produksi termasuk pelakon, kru, dan semua lokasi penggambaran di
Makkah, Madinah, Terengganu termasuk 'footage' peribadi saya ketika di Jordan
serta Turki.
"Fimtab
hanya menguruskan berkaitan promosi dan pengedaran saja. Namun selepas
berakhirnya tayangan filem itu di Indonesia tahun lalu, saya mengambil
tanggungjawab menyunting semula filem itu kepada edisi Malaysia bagi
penambahbaikkan.
"Saya
juga sudah beberapa kali berjumpa Richard untuk membincangkan hal ini termasuk
menguruskan hal promosi dan pengedaran di Malaysia.
"Bagaimanapun,
dia berkeras tidak mahu berbincang dan saya terpaksa mengeluarkan duit sendiri
yang sepatutnya saya gunakan untuk menerbitkan filem X-Ray 3 bagi menampung kos
pengedaran dan promosi di sini," katanya yang sudah membelanjakan lebih
setengah juta sepanjang penerbitan filem BCM.

Comments
Post a Comment