Para peminat fanatiknya yang kecewa gara-gara konsertnya ‘Yonder
Music Live Series By The Lake’ di Panggung Anniversari tahun lalu tidak
kesampaian kini boleh tersenyum.
Kembali mendengar suaranya ibarat 'ubat' perindu mustajab yang dinanti-nantikan peminatnya... tak gitu?
Kembali mendengar suaranya ibarat 'ubat' perindu mustajab yang dinanti-nantikan peminatnya... tak gitu?
Sebab suara pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain akan bergema kembali pada 28 April ini.
Malah konsertnya bukan lagi di sebuah lokasi luar tetapi di dalam Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang berprestij lagi…
“BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan
menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas di mana Anuar
Zain dijangka menyampaikan empat buah lagu secara solo dan dua buah lagu lagi
bersama Bunga dan Yuka.
Ditemui pada sidang media penghebahan konsert tersebut di
sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini Anuar Zain tidak akan
membawa mana-mana pemuzik atau ‘back up’
bagi mengiringi persembahannya sebagaimana Bunga.
BCL khabarnya akan membawa kumpulannya meliputi enam pemuzik
dari Indonesia. Jauh tu nak terbangkan mereka ke sini… apa pemuzik Malaysia tak
layak ke mengiringi persembahan BCL?
Taka pa lah kehendak masing-masing kan.
Namun bagi Anuar katanya, “Saya lebih suka menyanyi sambil
berinteraksi dengan penonton. Itulah cara tersendiri saya.”
Benar rasanya ramai yang setuju, suara dan penampilannya pun
dah cukup memukau penonton kan?
Tempahan tiket untuk konsert anjuran Kharisma Entertainment
ini sudah mula dijual dengan harga RM2,199 (Intimate), RM1599 (platinum), RM588
(diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 bagi tempat
duduk Regular.
Berita baiknya sesiapa yang membeli tiket ‘Intimate’ akan
menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar serta
melalui laluan VIP manakala pembeli tiket ‘platinum’ akan menerima jemputan ke
pra parti, barangan konsert dan laluan VIP sahaja
Yang lain jangan kecewa sebab semua pembeli tiket
berpeluang memenangi 5 hadiah cabutan
bertuah berupa iphone 8 dengan hadiah utamanya sebuah skuter.
Nak beli tiket layari www.yuka.com.my
atau wwwwwww…tickethotline.com.my malah tiket juga dijual di kaunter Dewan
Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Cuma untuk tiket RM2,199 hanya 51 tempat
duduk sahaja dikhaskan jadi kalau nak kenalah cepat tempeh ya sebelum kehabisan
dan anda ‘putih mata’…


Comments
Post a Comment