Skip to main content

Sosial media punca kes cerai, pasangan di Terengganu mendahului carta...


Pelik tapi benar, pasangan suami isteri sekarang lebih banyak menghabiskan masa menggunakan telefon pintar berbanding berkomunikasi antara satu sama lain. Bahaya tau! Apa tidaknya, penggunaan media sosial secara meluas turut menjadi pencetus kecurangan sehingga mendorong pasangan suami isteri membuat permohonan untuk bercerai di negeri ini.
Menurut Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd, secara purata, sebanyak 10 permohonan penceraian direkodkan di seluruh Terengganu dalam masa sehari membabitkan pasangan yang berumur dalam lingkungan 30-an hingga 50-an.
Beliau berkata, permohonan tersebut terbahagi kepada beberapa kategori antaranya persetujuan kedua-dua pasangan untuk bercerai, mendapatkan taklik atau pengesahan penceraian yang berlaku di luar mahkamah.
"Angka tersebut tidak serius tetapi membimbangkan kerana ia melibatkan satu sistem keluarga yang bakal runtuh, jadi kita harapkan kes sedemikian boleh berkurangan dari sehari ke sehari.
"Saya juga akui dengan adanya Facebook dan aplikasi WhatsApp, ia menyebabkan berlakunya salah faham antara suami isteri yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah kerana perkembangan sistem teknologi turut mempunyai kesan sampingan yang buruk," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Sumber: Kosmo Online

Comments