Nama penyanyi Hafiz Hamidun kembali ‘panas’ selepas kes penceraiannya sebelum ini. Nampak gayanya ada yang tak berpuas hati dengan teguran Hafiz terhadap seorang pelakon jelita di Twitter.
Ada segelintir netizen yang
berpendapat Hafiz agak ‘lantang’ dalam hal ini. Dalam masa sama, Hafiz
memberitahu dia takkan berhenti meluahkan pendapat atau berkongsi nasihat di
laman sosial walau ada yang mempertikai sejarah rumah tangganya.
“ Setiap orang berhak memuat
naik perkongsian atau melayangkan komen, dan sebagai pemerhati, dirinya juga
bebas memberikan maklum balas andai ia bertujuan baik.
"Apa kaitan antara isu
perkahwinan saya yang sudah berlalu, dengan niat baik saya mahu menyuntik
kesedaran kepada masyarakat supaya jangan memandang ringan terhadap dorongan
membunuh diri?
"Teguran itu saya kongsi untuk memberi
peringatan, jangan jadikan isu serius terutama bunuh diri sebagai sesuatu yang
boleh menjadi gurauan. Banyak lagi perkara lain yang boleh dijadikan bahan
lawak.
"Ada juga yang menyelar saya kerana
menegur rakan artis itu secara terbuka, bukannya melalui mesej peribadi.
Gurauan itu dilakukan secara terbuka, jadi saya perlu meluahkan teguran saya
juga dengan cara sama supaya mesej itu sampai kepada semua orang," kata
penyanyi yang turut dikenali sebagai komposer itu.
Menurut Hafiz, tindakannya berkongsi
peringatan berkenaan untuk dirinya juga.
"Lagipun, semuanya berbalik kepada niat,
selain pada masa sama ia turut menjadi peringatan kepada saya supaya fikir dulu
sebelum membalas komen yang boleh memudaratkan insan lain," katanya kepada
BH Online.

Comments
Post a Comment