Boleh senyum dah nampaknya jejaka-jejaka di luar sana selepas Ayda Jebat mengaku dia masih single dan masih belum dimiliki sesiapa. Wah, ramailah yang masuk line lepasni nampaknya!
Baru-baru ini, adik kepada penyanyi genit ini
melangsungkan majlis pertunangan di rumah keluarga mereka. Ayda yang memuatnaik
gambar pertunangan itu membuatkan ramai netizen menyangka majlis pertunangan itu
untuk pelantun ‘Pencuri Hati’ ini.
“ Saya dihujani panggilan telefon serta pesanan
ringkas dalam laman sosial gara-gara gambar majlis pertunangan yang berlangsung
minggu lalu.
“ Ramai ingat saya melangsungkan pertunangan secara
mengejut, selain berahsia mengenai majlis bersejarah itu. Malah, sebahagiannya
beranggapan dia bernikah senyap-senyap.
"Saya masih solo dan belum dimiliki
sesiapa," katanya majlis berkenaan ialah acara pertunangan adik
perempuannya, Sabira.
Tambah anak kelahiran Merlimau, Melaka itu, bukan
setakat diri, bahkan ibunya turut menjadi tumpuan dan dihubungi banyak pihak
bertanyakan perkara berkenaan.
"Berikutan
perkongsian gambar terbabit, mama juga terpaksa menjawab panggilan dan pesanan
bertalu-talu masuk ke telefonnya," kata bintang Pinjamkan Hatiku itu.
Menyentuh
pertunangan Sabira, Ayda tumpang gembira dengan jodoh yang lebih dulu menyapa
adiknya. Dia turut percaya, semua orang sudah ditentukan jodoh masing-masing.
"Sebagai
kakak, pastinya saya tumpang gembira dan mahu melihat adik saya bahagia bersama
orang tersayang.
"Giliran
saya nanti dulu, sampai masa pasti akan tiba juga," katanya yang bakal
muncul dengan single terkini tidak lama lagi.
Sumber: BH Online

Comments
Post a Comment