Adatlah kan bagi seorang selebriti, suka atau tak, pasti ada je kritikan membina ataupun sebaliknya. Ye tak? Bagi pelawak terkenal, Ajak Shiro memberitahu dia terbuka dengan kritikan diterima netizen selain tidak mengambil kisah dengan komen berbaur makian atau cacian terhadapnya.
Katanya, jika seorang
selebriti itu tidak dapat menerima pandangan dan kritikan adalah lebih baik
tidak menceburi bidang seni.
"Yang mana kritikan
membina saya akan ambil tapi komen yang makian, cacian dan melibatkan keluarga
benda itu saya tak marah dan tak ambil kisah.
"Tambah-tambah pula
jadi artis, kalau tak boleh terima teguran, jangan jadi artis," katanya
kepada mStar Online.
Dalam pada itu, mengulas
mengenai kritikan segelintir pihak yang membandingkan kredibilitinya
mengendalikan program Melodi dan hos terdahulunya, Awal Ashaari, Ajak berkata,
perkara itu tidak adil.
Ini kerana kata Ajak, dia
masih baharu mengacarakan Melodi namun memahami apabila ada membandingkannya
dengan Awal.
"Bila awak menilai
saya yang masih baru dengan Awal yang sudah enam tahun mengendalikan program
itu, pada saya tidak adil.
"Orang memang akan
membezakan dan membandingkan sebab itu sikap manusia dan kita tak boleh buat
semua orang suka kita.
"Tapi bila kita tahu
majoriti menyokong itu sudah memadai. Saya tak marah dan tak hirau pun dengan
kritikan negatif," ujarnya.
Ajak dan Janna Nick mula
mengambil alih program tersebut pada 7 Januari lalu selepas Awal dan AG
mengumumkan mengundurkan diri daripada program tersebut.
Dalam perkembangan lain,
Ajak kini berentap dengan lima pelawak iaitu Abam Bocey, Achey Bocey, Issey,
Mark Adam dan Shuk dalam program Bintang Bersama Bintang (BBB)
Sumber: Mstar Online

Comments
Post a Comment