Finally, tahniah buat pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Musa kerana dah bergelar ibu! Jihan selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi. Tak sabar nak tengok muka baby Jihan, mesti cute...hehe
Jihan atau nama
sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu
secara pembedahan.
Syarikat pengurusannya,
Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Jihan akan
berehat selama dua bulan daripada aktiviti seni bagi memberi tumpuan terhadap
keluarga.
"Jihan dan bayinya
dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya,
Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.
"Kami ingin
mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan
terdekat, media serta peminat," katanya menerusi kenyataan itu.
Menerusi video yang
dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal
yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa.
Ungku Hariz turut
mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan
keluarga kecilnya.
Terdahulu, Jihan dan
Ungku Hariz, 32, mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu selepas sembilan
tahun menjalin percintaan.
Sumber: BH Online

Comments
Post a Comment