Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui hubungannya dengan pelakon Elfira Loy melalui fasa yang rumit.
Bagaimanapun, Sufian, 25,
berkata, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu
berakhir seperti dirancang.
"Boleh dikatakan
hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan
masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang
lain, kami melalui fasa ujian bertunang.
"Hanya kami berdua
yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,"
ujarnya kepada mStar Online.
Namun Sufian turut memberitahu dirinya sudah bersedia untuk memikul
tanggungjawab sebagai suami.
"Sebagai indvidu saya
bersedia untuk berkahwin, tapi perkahwinan ini bukan semudah itu, ia melibatkan
ramai pihak terutamanya keluarga.
"Kita tidak boleh
membelakangi keluarga terutama ibu bapa, sebab itu saya kata sebagai individu
saya bersedia," ujarnya.
Sumber: Mstar Online

Comments
Post a Comment