Dah lama tak tengok Enot berlakon. Rindu pulak rasanya! Sebelum ini, Enot yang menderita kanser usus tahap dua beberapa tahun lalu memberitahu tindakannya menukar nombor telefon juga antara sebab dirinya sukar dicari pihak produksi.
Memetik laporan BH Online, hasrat Enot untuk kembali
memeriahkan dunia lakonan akhirnya terlaksana apabila dilamar sutradara, Erma
Fatima, membintangi teater muzikal seminar pertama di Malaysia berjudul
#YouCanDuit - Pemangkin Pendapatan Digital, di Istana Budaya.
Nampaknya ia menjadi percubaan pertama Enot atau nama
sebenarnya Aliza Abdullah berlakon teater di pentas berprestij berkenaan.
Menerusi
teater yang turut dibintangi oleh Nabila Huda dan Dynas Mokhtar itu, Enot
membawakan watak Azimah.
Teater
terbabit agak berbeza apabila menampilkan 'speaker' dalam kalangan artis
seperti Datuk Rosyam Nor, Nabil Ahmad dan Fattah Amin. Masing-masing akan
berkongsi ilmu serta pengalaman dalam perniagaan dengan khalayak.
"Alhamdulillah,
minat saya terhadap lakonan tidak pernah pudar. Memang sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, saya tak banyak menerima undangan berlakon. Kali terakhir
saya berlakon pun kira-kira dua tahun lalu, menerusi drama Bibik Bibikku siaran
TV3.
"Jadi,
saya memang teruja apabila dapat sama-sama menjayakan teater ini. Tambahan
pula, ia dipentaskan di Istana Budaya. Saya berharap ia akan menjadi pembuka
jalan untuk saya berlakon drama pula. Lagipun, saya memang sudah sihat dan
boleh bekerja seperti biasa," katanya.
Beliau yang kini turut rancak menjalankan perniagaan
produk pelangsingan badan, Lemonex, berkata, tumpuannya sekarang adalah
memajukan dirinya.
"Saya
pernah berdepan dengan ujian, keperitan dan penderitaan yang teruk.
Bagaimanapun saya mula bangkit semula pada tahun lalu. Kini, saya hanya mahu
terus maju ke depan.
"Dalam
soal jodoh pula, sudah tentu saya menipu jika mengatakan enggan memiliki
sesiapa untuk berkongsi kasih sayang. Saya harap akan ditemukan dengan jodoh
yang baik satu hari nanti. Paling utama, dia harus menerima dua anak
saya," katanya yang pernah dua kali mengalami keruntuhan rumah tangga.

Comments
Post a Comment