Cikgu, awak kat mana? Awak awak kat mana? Panggilan untuk semua pesara guru di Malaysia! Ini kerana kira-kira RM13.6 juta dalam tabung pencen pesara guru masih belum dituntut sejak 2007. Fuh, banyak tu!
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein
Onn (YGTHO) Zahirudin Mohammad Hanif, pihaknya sedang ‘mengesan’ seramai 1,910
guru kerajaan yang membuat potongan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan
Guru-Guru (KWSG) antara 1950 dan 2004.
“ YGTHO gagal mengesan individu berkenaan kerana tidak
dapat ditemui di alamat terakhir yang diketahui dan butiran peribadi tidak
dikemas kini,” beritahunya kepada akhbar The New Straits Times.
KWSG yang bermula pada
1962 digantikan dengan YGTHO pada 2015. Terdapat wang yang tidak dituntut oleh
pencarum yang tidak bertukar dari skim itu kepada pilihan persaraan baharu yang
diperkenalkan pada 1972.
Sementara sesetengah ahli KWSG masih ingat untuk menuntut caruman mereka,
seramai 1,910 masih belum berbuat demikian, kata Zahirudin.
Beliau berkata waris
kepada pencarum yang sudah meninggal dunia diminta tampil membuat tuntutan
caruman dengan mengemukakan dokumen sokongan.
“Dokumen itu perlu
disahkan oleh penjawat awam Gred A atau ketua kampung,” katanya dipetik sebagai
berkata.
Sumber: The Malaysian Insight

Comments
Post a Comment