Tempoh bercerai selama sembilan bulan ternyata tidak dapat memadamkan kasih sayang pelakon Adi Putra,37, kepada bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof atau Aida,43.
Disebabkan rasa sayang
yang masih menebal, pasangan ini kembali bernikah dalam sebuah majlis tertutup
di ibu kota pada hari Khamis lalu dan menyambung kembali hubungan cinta sejak
12 tahun lalu.
“Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah,
kami tidak pernah bergaduh atau berbalah.
“Setiap
apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah
telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa
bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Makrifat
Cinta di TSR Cinemax,Shah Alam, semalam.
Dalam
pada itu, bagi Aida pula, pintu hatinya tidak pernah menyimpan sebarang dendam
buat Adi biarpun telah melalui pelbagai dugaan sehingga bercerai sebentar tahun
lalu.
“Bernikah
semula dengan Adi bukan soal memberi peluang kedua namun lebih kepada apa yang
terbaik untuk kami.
“Hubungan
kami berdua sentiasa baik dan tidak terjejas meskipun dalam waktu tidak
bergelar suami isteri. Saya rasa itu ialah antara petunjuk dari Allah bahawa
kami jodoh antara kami masih kuat,”jelasnya lagi.
Adi
dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan
cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini
berusia enam tahun.
Pada
11 Mei 2012, Adi pernah membuat permohonan cerai dengan Aida kerana didakwa
sudah tiada persefahaman antara mereka.
Ketika
itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil
keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan
rumah tangga mereka gagal.
Bagaimanapun,
sembilan hari selepas mendaftar permohonan untuk bercerai, pasangan itu
mengambil keputusan untuk menarik semula permohonan setelah mereka berjaya
menyelesaikan kemelut berkenaan ketika itu.
Pelakon
itu kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila bernikah kali kedua dengan
Norshahida Dzolkifly,34, pada 20 Jun 2016.
Walau
bagaimanapun, menerusi satu status laman Instagram pada 23 Mac tahun lalu,
pelakon filem KL Gangster itu memberitahu dia tidak lagi mempunyai sebarang
hubungan dengan kedua-dua isterinya.
Sumber: Kosmo Online

Comments
Post a Comment