Tahniah Datin Seri Zizie Ezette yang selamat melahirkan anak kembar lelaki, awal pagi tadi! Comel sungguh the boys...
Kedua bayi itu selama dilahirkan Pusat Perubatan Prince
Court. Menerusi
perkongsian di laman Instagramnya sejam lalu, Zizie, 39, yang mendirikan rumah
tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata
beliau menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya hari ini, tetapi
proses kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan sehari lebih awal.
"Seorang
ibu yang menyambut hari jadinya bersama dua hadiah yang datang lebih awal!
Mommy menjangkakan mereka akan dilahirkan hari ini, tetapi masing-masing hadir
secara kejutan menerusi pembedahan, semalam, Jumaat, 29 Disember pada 5.48 dan
5.50 pagi," katanya.
"Alhamdulillah,
kedua-duanya sihat walafiat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang
mendoakan saya," katanya sambil memaklumkan berat dua bayinya itu,
masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram ketika dilahirkan.
Menerusi
gambar yang dikongsinya juga, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad itu
tampak jelita di samping kedua-dua cahaya matanya di pangkuan.
Rata-rata
netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Zizie yang
sudah lama menantikan detik cukup bermakna itu.
Zizie
mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. Pasangan itu juga
mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia 11 bulan.
Sumber: Berita Harian

Comments
Post a Comment