Berita baik bagi wanita berhijab! Sebagai tanda penghargaan kepada para penggemar tudung keluaran Qashmeera, butik ini sedang menjalankan jualan akhir tahun dengan harga terbaik dari ladang. Bukan rekaan biasa-biasa tau, semuanya up to date, terkini dan paling penting sesuai untuk digayakan di mana-mana.
Pemilik Qashmeera Hijab, Rosli Hamzah ketika ditemui
memberitahu syarikat ini bakal dijenamakan semula bermula awal tahun 2018.
“ Butik Qashmeera dalam proses ‘spring cleaning’ yang
mana sebanyak 14,000 helai tudung perlu ‘dilicinkan’ sebelum projek terbaru
kami bermula,” katanya.
Butik yang mula beroperasi sejak tahun 2016 ini mula
mencuri tumpuan penduduk Bangi namun atas faktor keluasan lokasi, Qashmeera
berpindah ke Bandar Baru Nilai sejak Februari lalu.
“ Saya nak jemput sebahagian besar penduduk Nilai dan
berdekatan untuk datang support kami di Qashmeera Hijab. Ada banyak koleksi
yang boleh anda dapatkan dengan harga bermula dari RM 25 – RM 100 sahaja, tak
mahal tau,” katanya.
Dalam pada itu, Rosli atau lebih mesra dengan panggilan
Cik Li turut mengumumkan kerjasama Qashmeera dengan seorang pereka fesyen yang
tidak asing lagi, Amir Kadir.
Menerusi projek terbaru Qashmeera Bridal, butik ini
akan menghasilkan baju pengantin ‘ready
to wear’ (sedia untuk dipakai) yang bakal mendapat sentuhan pereka fesyen
hebat itu!
Dari kiri penyanyi Ayu Damit, Amir Kadir, Cik Li, pelakon Aleza Shadan dan pelakon Lisdawati di Butik Qashmeera, Nilai
Siapa yang tak kenal Amir Kadir! Beliau pernah menghasilkan
pakaian untuk Ziana Zain, Datuk Siti
Nurhaliza dan juga Datin Seri Normala Samsudin.
Busana rekaan beliau juga pernah
dipakai oleh bintang Hollywood iaitu Jennifer Lopez dan penyanyi Taylor Swift.
Bercakap mengenai kolaborasi antara Qashmeera Bridal
dan Amir Kadir, pereka ini melihat Qashmeera Bridal bakal memenuhi ‘selera’
bakal pengantin dengan bajet sederhana.
" Ini salah satu usaha saya dalam membantu peniaga bumiputera lain dalam industri fesyen. Saya akan guide Qashmeera Bridal agar berada dalam landasan yang kukuh.
" Ini salah satu usaha saya dalam membantu peniaga bumiputera lain dalam industri fesyen. Saya akan guide Qashmeera Bridal agar berada dalam landasan yang kukuh.
" Dengan lambakan jenama yang terlalu banyak di
pasaran hari ini, kita perlukan idea dan rekaan yang segar dalam menambat hati
sekaligus mencanak permintaan bakal-bakal pengantin di luar sana. Tunggu hasil
kerja Qashmeera Bridal by Amir Kadir bermula awal tahun depan, Insha Allah,”
ujarnya.
So ladies, hujung minggu ni ajak husband, mak, ayah,
kakak, abang, adik dan kawan-kawan datang ke Butik Qashmeera bertempat di Bandar
Baru Nilai. Bukan saja tudung, malah banyak jubah, baju kurung, kurta dan
macam-macam lagi untuk dijual dengan harga mampu milik. Jangan lupa tau!



Comments
Post a Comment