Hadiah paling bermakna bagi penyanyi Hafiz Suip tahun ini, seorang baby lelaki comel. Tahniah Hafiz! Isterinya Nureffy Jasreel Abdullah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 8.06 pagi, semalam.
Menerusi laman Instagram milik Hafiz, penyanyi kelahiran Sarawak itu memuat naik gambar sebahagian kaki bayi yang
turut tertera butiran kelahiran pada tag yang dipakai.
"Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.
"Jutaan terima kasih
kepada isteri saya, Nureffy Jesreel kerana memberikan saya momen yang indah
sepanjang tahun ini.
"Terima kasih juga
kepada ibu bapa kami, keluarga serta sahabat yang sanggup datang memberikan
sokongan moral buat kami berdua," tulisnya.
Selamat Tahun Baru, Hafiz, isteri dan baby... Kami di XtraViral mendoakan kalian bahagia hingga syurga dan Good Luck untuk tahun 2018 ya!

Comments
Post a Comment