Kredit: Berita Harian
Usia baru cecah enam bulan, tapi followers di Instagram dah hampir 400,000. Power betul 'penangan' anak aktor Shaheizy Sam ni!
Mana taknya, wajah comel dan keletah menghiburkan Syeriv
Samheizy pasti akan ‘menawan’ sesiapa pun. Tidak hairanlah, akaun Instagram
@syerivsamheizy mengumpul peminat baharu setiap hari.
Syeriv pantas meraih populariti sama seperti anak
selebriti, antaranya Yusuf Iskandar, Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana dan Noah
Ismail Wong.
Sam
memberitahu beliau tidak menghalang jika Syeriv mengikuti jejak sebagai insan
seni.
"Istilah
terlalu terdedah atau 'over exposed' itu bersifat subjektif. Mungkin dilahirkan
dalam keluarga seni, mahu atau tidak, anak saya perlu melaluinya.
"Saya
lihat semua ini memudahkan dia jika mahu memilih kerjaya dalam dunia komersial.
Saya restu jika dia nak jadi apa sekalipun apabila besar nanti, termasuklah
artis.
"Cuma
saya akan mengajarnya, nak jadi apa sekalipun, tak boleh main-main. Kena fokus
dan betul-betul. Kita tak tahu, nanti zamannya apabila sudah besar akan jadi
lain dan barangkali, lebih mencabar daripada apa yang dilalui saya dan
ibunya," katanya yang sedang rancak melunaskan baki penggambaran filem
Polis Evo 2 ketika ini.
Tambah
Sam, kewujudan Instagram untuk Syeriv itu sebenarnya lebih kepada menjadikan
akaun media sosial itu diari yang memaparkan setiap rutin harian si kecil.
"Kalau
ada yang lihat saya buat Instagram untuk anak itu secara langsung mendedahkan dirinya
kepada dunia komersial, mungkin hanya persepsi. Tapi, sebab pertama saya
wujudkan akaun itu untuk mendokumentasi perjalanan hidupnya dari kecil hingga
dewasa.
"Saya
akan gembira kalau ibu bapa saya sendiri buat benda yang sama. Tapi, zaman dulu
macam mana pula. Secara tak langsung, apa yang dikongsi di laman itu menjadi
bukti kepada anak bagaimana kami menjaganya. Ia boleh jadi rangsangan kepadanya
apabila besar nanti menjaga ibu bapanya pula.
"Memandangkan
dia anak selebriti, jadi apa yang dimuat naik barangkali akan difikir bersifat
komersial," katanya.

Comments
Post a Comment