Kredit: UtaraNews
Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Dah
pasang azam baru tak? Apa yang tak tercapai tahun ni, kita bawa ke tahun depan
dan terus berusaha. Jangan mengalah ya!
Bagi penerbit dan pengarah popular, Erma Fatima pula,
dirinya berazam tidak lagi membeli barangan berjenama.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram beliau
menyifatkan, barangan berjenama boleh membuatkan menjadikan seseorang lebih
riak.
“
Inilah alatan masa kini yang akan menjadikan kita riak! Saya berikrar tidak
akan membeli beg, kasut dan sebagainya yang berjenama selepas ini, kecuali
Adidas dan Nike kerana ia adalah kasut harianku. Tiada lagi barangan
berjenama... Tiada lagi pembaziran!" tulis Erma.
Erma menyifatkan 2017 banyak meninggalkan kenangan
pahit dan manis buat dirinya. Pada masa sama, beliau bersyukur kerana
pengalaman berkenaan mengajar dirinya menjadi seorang yang lebih kuat.
Beliau turut berasa berdosa apabila kerap meninggalkan
ibadat kerana komitmennya terhadap kerja. Justeru, dirinya mahu mengubah
keadaan berkenaan.
"Terlalu
banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun ini. Apa pun, syukur ke hadrat
Allah kerana masih mengizinkan aku terus menghidu bauan syurga dunia-NYA. Bauan
yang banyak mengajar aku erti reda dan syukur. Terima kasih Allah.
"Apakah
langkahku seterusnya selepas ini? Terlalu banyak ibadat terabai kerana kerja
dunia. Ya Allah, ampunilah aku.. Kurniakan kepada aku keteguhan dan kekuatan
iman agar dapat aku menjalani ibadatku kepadamu mengikut ketetapan waktu.
"Kurniakan
aku kekuatan agar dapat aku melawan segala bisikan syaitan yang tak jemu-jemu
menghembus sifat malas dan melengahkan solat dalam diriku," katanya.
Sementara itu, Erma juga berkongsi, kesibukan kerja
membuatkan dirinya berdepan masalah kekurangan rehat dan tidur. Beliau berazam
turut mengubah situasi terbabit.
Kata Erma, beliau mahu kesihatannya terjamin agar
dapat menjaga dan memberi kelengkapan hidup buat anak-anaknya.
"Aku
akan pastikan 2018 akan merubah sistem hidupku yang huru-hara. Tidur lepas
Subuh... Dua hingga tiga jam sehari. Aku harus pastikan aku tidur sebelum jam
12 malam supaya kesihatan terjamin.
“
Setidak-tidaknya, aku dapat hidup lama sikit untuk menyelesaikan segala
tanggungjawab aku yang tersisa," katanya sambil menyatakan, selepas
berpisah dengan bekas suami, Bade Azmi, tanggungjawab dipikulnya semakin besar.
“Perjuangan
hidup di dunia ini belum selesai. Tanggungjawab aku untuk mempersiapkan hidup
anak-anak aku adalah amanah Allah buatku.
“Aku
harus pastikan semua kelengkapan hidup dunia dan akhirat tersedia buat mereka
sebelum aku mati. Hidupku bukan hanya untukku, tetapi untuk emak, adik dan
anakku... Di situlah kebahagiaan yang abadi buat aku," katanya.
Sumber: Berita Harian

Comments
Post a Comment