Kredit: Hollywood Take/ Mstar
Nampaknya drama percintaan Selena Gomez dan Justin Bieber seperti tak ada kesudahan…
Baru-baru ini ibu penyanyi popular itu dikejarkan ke hospital
selepas mengetahui anaknya kembali berpacaran dengan penyanyi lelaki yang meningkat naik menerusi lagu 'Baby' itu. Namun ia tak menghalang Gomez untuk terus mencintai Bieber
malah wanita itu mahukan ciuman romantik sempena tahun 2018. Wah, kelas wak!
“Selepas menghadapi tahun yang mencabar
pada 2017 termasuk ‘drama’ keluarga ketika Hari Natal, dia amat teruja
menghabiskan masa bersama bekas teman lelakinya itu sempena tahun baharu,” ujar
satu sumber kepada portal hiburan tersebut.
Bagaimanapun, tiada kesahihan di mana Gomez dan Bieber menghabiskan
masa bersama bersempena kedatangan tahun baharu.
“Apabila masuk saat pertama tahun 2018, Gomez hanya mahukan satu
iaitu ciuman dan dipeluk Bieber tidak kira di mana mereka menyambut tahun
baharu bersama,” kata sumber itu lagi.

Comments
Post a Comment