Ayu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Qashmeera Bridal, Nilai
Lama rasanya tak nampak penyanyi yang pernah popular dengan lagu, Hanya Di Mercu muncul di kaca tv. Ramai menyangka, Ayu dah melupakan karier sebagai penyanyi walhal belum lagi tau!
Ayu yang ditemui di
Majlis anjuran Qashmeera Bridal, Nilai sebentar tadi, memberitahu beliau masih menerima undangan nyanyian.
“ Alhamdulillah,
undangan setiap minggu masih ada. Walaupun jarang dilihat di media cetak atau
eletronik, rezeki dalam bidang ini masih ada,” katanya.
Melihat kemunculan
ramai penyanyi baru dalam industri, Ayu sedar dirinya perlu mempersiapkan sesuatu
untuk jaminan masa depan.
Terbaru, Ayu kini
seronok mengusahakan tanaman cili di Hulu Langat yang turut dibantu suaminya.
“ Ramai yang tak
tahu Ayu dah dua tahun berjinak-jinak dalam dunia penanaman cili. Di bawah
syarikat Enigma Agrofarm, hasil cili yang ditanam dibekalkan untuk pasaran
tempatan.
“ Memang tak menang
tangan dibuatnya, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya sendiri seronok
dengan kerja ni,” kata Ayu dalam nada ceria.
Ayu juga sedang
giat membuat persediaan untuk tampil dengan dua buah single tahun depan.
" Harapan saya agar single
terbaru nanti diterima, semoga perniagaan cili dan kejayaan single terbaru saya
nanti jalan seiring, Insha Allah," akhiri ibu kepada Syed Nasrul
Haikal, 8, Sharifal Alya Aryana, 5, dan Syed Aqif Najmi, 3,

Comments
Post a Comment