Minat
berniaga tapi masih tercari produk yang sesuai? Ini mungkin boleh membantu
anda...Tak perlu sewa kedai, pekerja dan sebagainya, Vending Machine mungkin
idea yang baik buat masa ini!
Hasil
usahasama DMH Niaga Sdn Bhd dan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia DPUKM,
sebuah vending machine diperkenalkan dengan jenama Boss Vend!
Bersempena
dengan majlis pelancaran yang diadakan di Technology Park Malaysia Corporation
Sdn Bhd, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Tan
Sri Noh Omar hadir serta turut menyokong usaha dalam melahirkan usahawan baru
melalui aplikasi teknologi vending machine.
Selain usaha menambah usahawan vending machine di
bawah DPUKM, program ini turut memberi peluang kepada usahawan baru menjana
pendapatan melalui Vending Machine.
Ia juga membantu memasarkan produk usahawan IKS dan
meningkatkan hasil jualan produk IKS,” kata Noh Omar ketika berucap.
Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, mesin
layan diri BOSS VEND akan diletakkan di seluruh hospital di Malaysia dan di
sekitar kawasan Technology Park Malaysia.
Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan
DMH Niaga, Datin Natasha bte Dato’ Abdul Rahim dan Presiden DPUKM , Dato’ Seri
Abu Hassan Mohd Nor, Pengerusi TPM, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari turut hadir
menyaksikan pelancaran program ini.
Menurut Datin Natasha, kedua pihak telah bersetuju
membantu mencari 1,001 usahawan IKS di kalangan ahli DPUKM dalam memasarkan
produk mereka melalui teknologi vending machine yang dibekalkan oleh syarikatnya.
Terdapat sembilan jenis mesin buat masa ini yang mana
kelebihan seperti skrin digital pada semua mesin berkenaan. Tidak seperti mesin
konvensional, ia boleh digunakan untuk pengiklanan dan promosi interaktif untuk
IKS sendiri.
Sekiranya berminat untuk menjadi usahawan jenama Boss
Vend, anda boleh menghubungi:
No. Telefon:
+60124774094
+60383226743
atau boleh emel: dmhniaga@gmail.com

Great suggestions, I will put this into consideration, sometimes it's good to have extra income!
ReplyDeleteTQ so much for your information and sharing. btw, Love ur blog! keep blogging<3
ReplyDelete