Kali terakhir muncul di layar perak, Zizan membawakan watak seorang gangster melalui Abang Long Fadil, tetapi lain pula kali ini. Membawa watak yang menampilkan sisi ‘lembut’, Zizan Razak melakonkan watak sebagai seorang 'bapa segera'! Wah, tengah berlatih ke tu?
Bergandingan bersama pelakon Shaheizy Sam, filem televisyen (FTV) Baby
Bro! mengisahkan tentang kehadiran Baby D yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan
Joe (Shaheizy Sam) dan Sharm (Zizan Razak).
Tidak diketahui dari mana asal usul Baby D, usaha
kedua pemuda ini nampaknya buntu yang mana akhirnya mereka terpaksa menjaga
bayi itu buat sementara.
Boleh tak agaknya Joe dan Sharm melayan kerenah Baby
D? Sampai bila dan dapatkah mereka mengesan ibu bapa Baby D itu nanti? Segalanya akan terjawab bermula 30 November 2017 dan
bakal ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif...
Baby Bro! diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar turut
menampilkan Izara Aishah, Aaisyah Dhia Rana (anak pasangan
selebriti Che Ta dan Zain Saidin). Filem televisyen (FTV) ini boleh ditonton bermula 30 November
(Khamis) dengan harga pembelian RM 15.90 (termasuk GST) dan boleh ditonton berulang kali selama 48 jam dari waktu pembelian.
Comments
Post a Comment